Air Terjun Chemerong Air Terjun Chemerong

Air Terjun Chemerong

Hutan Lipur Sungai Chemerong bersebelahan Hutan Simpan Pasir Raja. Hutan simpan ini kaya dengan khazanah flora dan fauna seperti pokok meranti dan keruing yang menjadi latar belakang pemandangan indah dan mendamaikan.

Hutan Lipur Sungai Chemerong adalah antara hutan rekreasi paling terkenal dan unik di Malaysia. Malah, air terjunnya tertinggi di Malaysia pada paras 305 meter. Hutan lipur ini diselenggara oleh Jabatan Perhutanan dan banyak kemudahan seperti wakaf, tandas dan surau serta gerai disediakan di sini untuk keselesaan pengunjung.

Bagaimana Cara Kesana?

Anda boleh kesana menggunakan kenderaan sendiri ataupun kenderaan awam seperti teksi ataupun kereta sewa.dari Kuala Lumpur, Kuala Terengganu, Kemaman, ataupun Kuantan melalui jalan Bandar Al- Muktafibillah Shah.

Jarak ke hutan rekreasi Sungai Chemerong ialah 30 dari Bandar Al-Muktafibillah Shah (15-20 minit) ataupun 100 KM from Kuala Terengganu (1 jam).