MENU

DUNGUN : 14 Februari 2018 – Jabatan Penguatkuasaan Majlis Perbandaran Dungun melancarkan operasi menurunkan banting tanpa kelulusan termasuk iklan pinjaman wang haram di sekitar Bandar Dungun.

Operasi selama empat jam itu disertai seramai 10 anggota Penguatkuasa dan berjaya menurunkan, kira-kira 150 banting berkenaan.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Dungun, Osman A Bakar berkata, MPD akan terus  komited dalam memerangi iklan pinjaman wang haram termasuk iklan tanpa kelulusan daripada MPD.

‘Pihak kami akan meneruskan operasi sebegini dari semasa ke semasa,”katanya. Klik di sini untuk melihat gambar lebih lanjut. Disini