MENU

Majlis Perbandaran Dungun (MPD) tidak ketinggalan dalam menunaikan tanggungjawab sosial korporat (CSR) dengan menganjurkan program Singgah Sahur membabitkan beberapa agensi kerajaan di sekitar Dungun.

Seramai 6 orang kakitangan MPD telah mengagihkan juadah untuk bersahur di beberapa lokasi seperti Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dungun, Hospital Dungun, Jabatan Bomba dan Penyelamat Dungun, Jabatan Pertahanan Awam Dungun dan di setiap pos kawalan RELA di bawah seliaan MPD.

Program ini secara tidak langsung dapat menzahirkan penghargaan kepada petugas yang menyumbang kepada negeri dan negara, di samping meraikan Ramadan.

 

#TerengganuMajuBerkatSejahtera
#DungunMembangun
#SayangiDungun