MENU

KHAMIS, 28 JUN 2018 - SERAMAI 3,000 penduduk serta kakitangan pelbagai agensi menghadiri Jamuan Hari Raya Aidilfitri anjuran Majlis Perbandaran Dungun yang diadakan di perkarangan pejabat itu, hari ini.

Sebanyak 10 kios yang menyajikan pelbagai makanan dan minuman bagi memudahkan tetamu memilih makanan yang disediakan.

Turut hadir memeriahkan suasana ialah ADUN Sura; YB Wan Hapandi Wan Nik, ADUN Rantau Abang; YB Cikgu Alias bin Harun, dan juga Pegawai Daerah Dungun; Haji Ibrahim Mohamad.

Majlis yang dimulakan kira-kira jam 10.30 pagi itu berakhir empat jam selepas itu.

Pada majlis itu, Yang Dipertua Encik Osman Bakar turut menyampaikan piala dan hamper kepada kios Jabatan Pelesenan selepas dinobatkan juara kios tercantik.