MENU

Pasar Tani ke empat di daerah ini di Sura Jeti, dirasmikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Dun Sura, Wan Hapandi Wan Nik, petang tadi.

Majlis perasmian itu turut dihadiri, Penyelaras Pasar Tani, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan FAMA negeri, Halmi Hamzah serta disaksikan 50 peniaga terbabit.

Wan Hapandi berkata, pasar tani di Sura Jeti adalah yang keempat termasuk di RTC Bandar Al Muktaffi Billah Shah (AMBS), Masjid Tengku Intan Zaharah serta Masjid Hadhari di Paka.

Wan Hapandi berkata, beliau berterima kasih kepada pihak FAMA yang melaksanakan Pasar Tani dalam usaha membantu penduduk mendapat harga barangan dengan lebih murah berbanding di Pasar Awam.

"Saya minta peniaga pasar tani mengekalkan harga jualan yang lebih murah kepada penduduk.

"Fama menetapkan peserta pasar tani kita menjual hasil jualan mereka lebih rendah diantara 5 hingga 20 peratus berbanding pasar awam dan kedai-kedai runcit yang lain,"katanya.

Katanya, beliau bimbang sekiranya peniaga mengambil kesempatan menjual dengan harga yang mahal, sudah pasti pengunjung tidak akan datang dan sekaligus pasar tani itu akan berkubur.

Sementara itu, Halmi berkata pihaknya mensasarkan jualan peserta pasar tani sebanyak RM110 juta tahun ini dan sehingga ogos, mencatatkan jualan sebanyak RM56. 2 juta.

" Pada tahun 2015 mencatatkan jualan (RM65 juta) dan semakin meningkat pada 2016 (RM100 juta) dan 2017 (RM108 Juta).

"Setiap peserta memperolehi jualan mereka sekitar RM500 hingga RM1,000 setiap hari bergantung pada keadaan cuaca , "katanya.