MENU

Majlis Perbandaran Dungun (MPD) telah mengadakan Hari Keluarga Kelab Sukan dan Kebajikan (KESUMA) dan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Bulan November & Disember 2018 di Dewan Arena Merdeka pada 25 Disember 2018 yang lepas.

Hari Keluarga KESUMA berlangsung meriah dengan penyertaan lebih 300 ahli keluarga warga kerja MPD. Acara yang diadakan pada sebelah pagi itu dimulakan dengan pertandingan mewarna dan seterusnya diikuti pertandingan lain seperti liga penalti, “shoot” netball, susun batu bata, pertandingan makeover suami isteri dan lain-lain lagi.

Objektif program Hari Keluarga ini adalah untuk memberi peluang kepada warga kerja MPD dan keluarga masing-masing untuk meluang masa bersama serta mengenali keluarga warga kerja yang lain dengan lebih dekat.

Pada waktu malam pula, Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Bulan November & Disember 2018 diadakan dengan bertemakan “Arabian Night”.

Seramai lapan orang kakitangan daripada pelbagai gred perjawatan yang bertugas di MPD iaitu Mohd Shamsuddin bin Md. Noor, Wan Zainab binti Wan Muda, Ramlah binti Rashid, Zul Ismadi bin Aziz, Mazlan bin Ab. Halim, Mohd Zakaria bin Muda, Fauziah binti Salleh dan Mohd Shafie bin Abdullah masing-masing menerima anugerah tersebut.

Majlis turut meraikan seorang kakitangan MPD, Zulkipli bin Omar dari Unit Penyelenggaraan Landskap yang bersara pada 31 Disember 2018 setelah berkhidmat sebagai Pembantu Awam selama 34 tahun.

Yang Dipertua, Osman bin A. Bakar berharap agar warga kerja MPD mengekalkan amalan budaya kerja berprestasi tinggi yang berteraskan kepada produktiviti, inovasi, dan semangat kerja berpasukan.

“Marilah kita bersama-sama mencapai kata sepakat dalam setiap perbincangan dan permuafakatan dalam usaha menjadikan MPD sebagai PBT yang sentiasa mendengar hati rakyat,” katanya sebelum merasmikan majlis tersebut.