MENU

Dungun adalah sebuah daerah yang sering menjadi kubu, tempat mengumpul kekuatan perang malah menjadi tempat pengunduran semasa perang zaman dahulu kala.  Ia juga menjadi pilihan pedagang dan angkatan perang dari Sumatera serta mereka sering membuka kampung di sini.

Terdapat banyak lagi kisah misteri tentang negeri Dungun samada dari dunia kependekaran, dunia persilatan hinggalah cerita-cerita sejarah yang masih belum dirungkai sepenuhnya. Sehingga kini, terdapat beberapa tempat menarik di Dungun untuk kunjungan para pelancong bagi percutian dan menikmati keindahan alam semulajadi.