MENU

Bantuan

Sila gunakan ikon di atas untuk bantuan mengenai Laman Utama, Menu Utama, Carian, Galeri Foto, Kalendar, RSS, Forum dan Web Mobile.

Bagi pertanyaan am, anda juga boleh merujuk bahagian Soalan Lazim, untuk mendapatkan jawapan segera.

Masih memerlukan bantuan?

Sila hantarkan isu atau pertanyaan anda menggunakan Borang Maklumbalas yang disediakan atau hubungi staf yang berkenaan di laman Hubungi Kami. Pihak kami akan mengemukakan jawapan dalam tempoh tidak lebih dari tiga (3) hari bekerja.

 

Laman Utama

bantuan laman utama

(Sila klik disini untuk paparan yang lebih jelas)

 

Menu Utama

Menu Utama Laman Web MPD terdiri daripada :

laman utama

Menu Info Dungun menyediakan informasi berguna tentang Dungun kepada pengguna portal. Antara maklumat yang terdapat dalam menu ini adalah seperti Latar Belakang Dungun, Statistik kawasan, tempat-tempat menarik, Panduan ke Dungun, Pengangkutan awam serta Senarai direktori.

Contoh :

info dungun

Pengguna portal juga dapat mengetahui pelbagai perkhidmatan yang disediakan di sekitar Dungun melalui menu Perkhidmatan. e-Perkhidmatan juga disediakan oleh pihak Majlis bagi memudahkan pengguna membuat bayaran online dan memuat turun borang.

Menu Sumber adalah capaian di mana pengguna dapat merujuk kepada pelbagai maklumat seperti Pekeliling , Panduan dan aspek-aspek Perundangan di bawah tadbir Majlis. Pengguna juga boleh turut serta berbincang serta memberi pandangan melalui ruangan Forum yang disediakan.

Menu Berita & Peristiwa memuatkan informasi terkini serta pengumuman yang telah dan akan berlaku di sekitar Dungun. Paparan mengenai peristiwa dan berita yang terdapat  di dalam portal ini dapat membantu para pengguna mendapatkan maklumat terkini yang berkaitan dengan Majlis Perbandaran Dungun. Galeri Foto juga merupakan salah satu submenu yang terdapat dalam menu ini yang memuatkan pelbagai koleksi gambar menarik.

Menu Majlis Perbandaran Dungun menyenaraikan semua maklumat penting tentang Majlis Perbandaran Dungun dan Pengurusannya.

 

Carian

carian

Carian terletak di penjuru kiri atas membolehkan pengguna mencari maklumat yang dikehendaki di dalam portal Majlis Perbandaran Dungun

 

Galeri Foto

  • Memuatkan koleksi foto yang dikelaskan mengikut Album.
  • Sebagai contoh, di dalam Album Majlis Perdana Pihak Berkuasa Tempatan terdapat beberapa foto yang  berkaitan.
  • Pengguna boleh klik pada foto untuk keterangan lanjut.
  • Foto juga boleh dimuat turun.

Contoh:

bantuan galeri foto

(Sila klik disini untuk paparan yang lebih jelas)

 

Kalendar

bantuan kalendar

  • Kalendar memberi petunjuk kepada pengguna mengenai peristiwa yang berlaku pada tarikh - tarikh yang tertentu.
  • Ia juga  mewakili submenu Peristiwa yang terdapat di dalam menu Berita & Peristiwa.
  • Pengguna dapat mengetahui jika adanya sesuatu aktiviti / program untuk hari tersebut.
  • Untuk mengetahui keseluruhan aktiviti pada bulan tersebut, pengguna boleh klik pada Lagi Peristiwa Bulan Ini yang terdapat di bahagian bawah Kalendar.

 

RSS

Apa itu RSS?

RSS (juga dikenali sebagai "Suapan RSS", "Sindikasi" dsb. Selepas ini dirujuk sebagai RSS) adalah singkatan bagi Really Simple Syndication atau RDF Site Summary (RSS 0.9 dan 1.0) adalah suatu aplikasi XML (Extensible Markup Language)mengikut tahap spesifikasi World Wide Consortium (W3C) . Ia merupakan suatu format sindikasi berita dan digunakan sebagai agen untuk mendapatkan berita atau data secara atas talian daripada halaman web yang menyokong aplikasi ini.

Mengapa RSS perlu?

Perkembangan teknologi dalam penerbitan dalam talian amat memudahkan tugas bukan sahaja dalam penyebaran maklumat terkini secara web malah anda dapat mengesan maklumat terkini sejumlah besar laman web kesukaan anda tanpa perlu mengingati alamat URL laman tersebut atau sentiasa mengemaskini email untuk mendapatkan info terkini. Kemudahan aplikasi RSS ini disediakan khas untuk pembangun halaman web bagi mendapatkan info terkini berkenaan dengan Unit Perancang Ekonomi (UPE). Melalui kemudahan aplikasi ini diharap agar UPE dapat menyalurkan Info atau Maklumat Terkini/Semasa yang berlaku daripada laman web UPE dengan lebih pantas dan berkesan. Melalui suapan RSS ini juga:

  • Anda boleh memilih untuk membaca berita yang anda inginkan dan relevan dengan kehendak anda.
  • Anda secara tidak langsung mendapat informasi yang boleh dipercayai dan mencegah daripada informasi yang tidak di inginkan (the spam ).
  • Menjimatkan masa.
  • Anda dapat mengetahui Info dan Maklumat Terkini mengenai UPE lebih cepat dan berkesan.
  • Berita atau info yang dipaparkan adalah yang terkini tanpa perlu melayari laman ini.

Bagaimana menggunakan RSS?

Terdapat banyak pilihan bagaimana menggunakan perkhidmatan RSS ini. Berikut adalah dua cara yang selalu digunakan:

1. Menggunakan perisian rssReader;
2. Memasang secara terus ke pelayan internet (browser).

 

Forum

Harap Maaf, kandungan ini sedang dikemaskini.

 

Web Mobile

Cara melayari laman web menggunakan telefon bimbit anda.

1. Pastikan telefon bimbit anda telah di set untuk sambungan 3G.( Hubungi penyedia perkhidmatan anda sekiranya anda tidak pasti).

2. Sebagai alternatif, jika telefon bimbit atau PDA anda mempunyai sambungan WiFi, aktifkan WiFi anda dan cari sambungan WiFi pilihan anda. (Sila ingat bahawa kebanyakan perkhidmatan WiFi memerlukan langganan).
3. Pilih pelayar (‘browser') yang terdapat dalam telefon anda (contohnya. Internet Explorer , Opera , Safari , Web Mobile, dll.).

Layari laman web menggunakan ‘browser' dengan menaip http://mpd.terengganu.gov.my   dan klik OK/Enter/Submit. Paparan di bawah akan muncul di skrin telefon anda (bergantung pada jenama dan model telefon).

mobile web

 

Akses Kurang Upaya W3C

Laman Web Majlis Perbandaran Dungun menyediakan kemudahan W3C Web Accessibility Initiative (WAI) yang boleh diakses oleh Orang Kurang Upaya (OKU) dengan kemudahan yang bersesuaian.

Pengubah Saiz Tulisan
saiz tulisan
Untuk warga tua, saiz tulisan boleh diubah menjadi lebih besar atau lebih kecil untuk memudahkan bacaan anda.

Pemilihan Warna
warna tulisan
Terdapat beberapa pilihan warna teks disediakan di ruangan atas setiap halaman. Warna teks boleh ditukar untuk memudahkan bacaan mereka yang mempunyai masalah penglihatan ataupun buta warna. Pengguna boleh memilih warna daripada seleksi warna yang diberikan iaitu Merah, Biru, Oren dan Hijau.

 

Kod QR

MOBILE WEB. SILA SCAN KOD QR

QR Code