MENU

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Di kesempatan ini, saya mengucapkan selamat datang ke Laman Kami di Majlis Perbandaran Dungun yang merupakan satu daripada akses terpenting di dalam perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi pada hari ini.

Laman Majlis Perbandaran Dungun ini mengandungi visi, misi dan objektif yang perlu dicapai oleh Majlis Perbandaran Dungun di dalam memberikan perkhidmatan yang cemerlang kepada penduduk tempatan. Laman ini juga turut memaparkan maklumat organisasi dan perkhidmatan utama Majlis Perbandaran Dungun bagi masyarakat mengenali dengan lebih dekat lagi peranan dan fungsi-fungsi Majlis Perbandaran Dungun

Majlis Perbandaran Dungun turut mengalu-alukan sebarang idea, pandangan atau cadangan dalam menambah nilai kandungan laman ini atau bagi mempertingkatkan lagi kualiti perkhidmatan yang diberikan oleh kami. Adalah menjadi harapan kemudahan yang disediakan ini dapat menyumbang ke arah mewujudkan masyarakat berilmu di dalam era teknologi maklumat kini.

Sekian, terima kasih.

Yang DiPertua,
Majlis Perbandaran Dungun.