MENU

Lokasi Daerah Dungun yang terletak di laluan antara Pantai Barat dan Pantai Timur memberikan impak kepada kepesatan pembangunan ekonomi di kawasan ini terutamanya dalam sektor perindustrian yang berasaskan petroleum dan gas yang berhampiran dengan Kerteh, Kemaman.

Sebahagian besar kawasannya bertanah rendah dan gunatanah memperlihatkan bahawa lebih 50% kawasan telah dibangunkan untuk pelbagai kegunaan. Kira-kira 21.1% kegunaan tanah telah dibangunkan untuk kediaman, dan diikuti pertanian 11.7 %. Kawasan hutan belukar dan berpaya masing-masing 20.1% dan 21.1%.

Kepesatan pembangunan aktiviti petroleum dan gas di kawasan Kerteh, Kemaman yang bersempadan dengan kawasan Paka, Dungun telah memberikan impak pembangunan kepada Daerah Dungun secara langsung dan meningkatkan pembangunan berbentuk ekonomi dan fizikal di kawasan Dungun. Senario ini menyokong kepada kenaikan taraf Majlis Daerah Dungun kepada Majlis Perbandaran.

Bandar Kuala Dungun merupakan pusat pentadbiran dan bandar utama. Selain dari itu terdapat sebuah lagi bandar iaitu Pekan Paka.