MENU

PEMASYHURAN MAJLIS PERBANDARAN DUNGUN

Mesyuarat MMKN bertarikh 15 Ogos 2007 telah bersetuju menaiktaraf MAJLIS DAERAH DUNGUN kepada MAJLIS PERBANDARAN DUNGUN mulai 1 Januari 2008.

Upacara pemasyhuran Majlis Perbandaran Dungun telah diadakan pada 20.08.2008 (Rabu) bersamaan 18 Syaaban 1429H di Dataran Dewan Merdeka, Dungun. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Yang Teramat Mulia Tengku Sri Panglima Raja DK., SSMT., Yang DiPertua Majlis Penasihat Pemangku Raja Terengganu. Kira-kira 25,000 pengunjung membanjiri Dataran Dewan Merdeka untuk menyaksikan upacara pemasyhuran MPD.Berikutan itu, daerah Dungun majlis daerah yang ketiga yang dinaik taraf sebagai perbandaran. Hadir sama bagi menyaksikan malam yang bersejarah itu adalah Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said.