Logo

Image

Reka cadang logo ini adalah berdasarkan pada visimisiobjektif Majlis Perbandaran Dungun, yang mana ia diterjemahkan melalui imej lingkaran Bunga Dungun, bentuk bulat, segi tiga, simbol atom dan Jata Negeri Terengganu adalah mewakili kuasa dalam pengurusan, perancangan dan pentadbiran MPD seperti yang telah diamanahkan kepadanya.

Susun atur elemen-elemen reka bentuk logo mencerminkan dasar atau polisi yang dijalankan oleh organisasi melalui amalan budaya kerja profesional. Lingkaran Bunga Dungun, segi tiga dan simbol atom disignifikasikan sebagai kondisi keindahan persekitaran, pembangunan infrastruktur dan perkembangan teknologi semasa yang berada di bawah penyelenggaraan dan penyeliaan yang cemerlang oleh MPD.

Komponen-komponen keprofesionalan ini diterjemahkan melalui gabungan imej Jata Negeri Terengganu. Imej-imej ini juga adalah mewakili tunjang induk pengurusan negeri seperti yang diamanahkan kepada MPD. Jata Negeri Terengganu adalah dasar dan polisi yang diguna pakai dalam pelbagai aktiviti pengurusan dan pentadbiran ke arah kecemerlangan masyarakat, infrastruktur dan persekitaran setempat.

Keseluruhan reka bentuk logo yang dicadangkan memberi gambaran bahawa Majlis Perbandaran Dungun sebagai Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang cekap, berwibawa, amanah, efisyen, kukuh dan cemerlang dalam menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan dan sebagai penyumbang utama dalam pemantapan dan kecemerlangan masyarakat umum, sektor awam dan keindahan persekitaran setempat.

ElemenGambarMaksud
Jata negeri
Terengganu
79

Kuasa (authority) dan tanggungjawab dalam pentadbiran dan pengurusan berdasarkan pada visi, misi dan objektif yang dibentuk.

Lingkaran
Bunga Dungun
80

Pengurusan dan perkhidmatan untuk masyarakat setempat.

Bentuk Bulat 81 Pembangunan prasarana dalam memenuhi kondisi semasa untuk kepentingan masyarakat setempat.
Segi tiga 82 Pembangunan infrastruktur yang pesat
Atom 84 Pembangunan dan perkembangan Teknologi semasa
Bunga Dungun 83

Pengurusan dan penyeliaan keindahan dan persekitaran sebagai aset pelancongan.

Warna & Signifikasi

Biru - Amalan Budaya Kerja Profesional

Merah - Pengurusan Yang Cekap/Kuasa

Kuning - Dasar dan Polisi/Amanah

Hitam - Keteguhan dan Kewibawaan

Logo MDD & MPD
Image

Logo MDD berkuatkuasa pada 01.01.1981

Image

Logo MPD berkuatkuasa pada 20.08.2008 sehingga kini

Image

Logo Sayangi Dungun

  • Kemaskini Pada : Rabu 13 Mac 2024, 00:44:35.

pelawat sejak 2016

01146431

MAJLIS PERBANDARAN DUNGUN
Jalan Yahaya Ahmad,
23000 Dungun, Terengganu.

T : 09-8481931
F : 09-8483210
E : mpdungun@terengganu.gov.my

Majlis Perbandaran Dungun

MyGov Portal
TERENGGANU PAY

privasi

/*SENARAI PASAR MALAM DI DAERAH DUNGUN