MENU

Pada 8 Julai hingga 14 Julai 2011, telah berlangsung satu karnival pekan budaya yang melibatkan semua jabatan kerajaan di daerah Dungun. MPD telah mengambil bahagian dalam menyediakan gerai pameran yang bertemakan "Dungun Ke Arah Bandar Selamat". Pada malam penutup Karnival Pekan Budaya, MPD telah dinobatkan sebagai johan Gerai Pameran Terbaik untuk Karnival Pekan Budaya 2011. MPD Berjaya membawa pulang wang tunai RM2000 dan sijil penghargaan. Tuan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Dungun, En Harun bin Mohamad mengucapkan tahniah kepada semua pegawai dan kakitangan yang terlibat dalam menjayakan Gerai Pameran MPD tersebut. Semoga usaha ini akan diteruskan lagi untuk masa-masa akan datang.