MENU

TERENGGANU, 13 Februari - Pada hari ini SPRM Negeri Terengganu telah melancarkan Kempen Gerakan Memerangi Pemberi Rasuah (GEMPUR) di Majlis Perbandaran Dungun

Kempen GEMPUR dengan slogan di peringkat Negeri Terengganu "Mung Wi, Bahang Berigak! ", menjadikan kakitangan MPD di Bahagian Penguatkuasaan, Perlesenan dan Perolehan sebagai kumpulan sasar untuk disampaikan mesej iaitu Penjawat Awam perlu menolak rasuah dan melaporkan rasuah kepada SPRM untuk diambil tindakan terhadap Perasuah. 

Kempen GEMPUR ini juga dilancarkan serentak di seluruh negara dengan memfokuskan di PBT dengan slogan "Anda Beri, Kami Lapor".

#INTEGRITIBersihDalamandanLuaran #PrinsipTTBKe4
#GERAH
#GEMPUR
#MungWiBahangBerigak