MENU

Pada 17 Julai hingga 18 Julai yang lalu, Kumpulan Tanggam dari Majlis Perbandaran Dungun mendapat Anugerah Emas pada Konvensyen Kumpulan Inovasi dan Kreatif (KIK) anjuran Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) di Pulau Pinang melalui penciptaan tandas T-Health. Dengan kejayaan kumpulan Tanggam ini, mencerahkan peluang untuk layak ke konvensyen peringkat kebangsaan pada November ini.