MENU

Bahagian Perunding Kesihatan Persekitaran Jabatan Kerajaan Tempatan dengan kerjasama Majlis Perbandaran Dungun (MPD) telah menganjurkan Kursus Manual Pembersihan Tandas Awam Bagi Zon Timur pada 26 hingga 27 Jun yang lepas.

Kursus ini disertai 35 orang pegawai dan kakitangan daripada sektor Kesihatan Persekitaran daripada Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT), Majlis Daerah Kuala Krai (MDKK), Majlis Daerah Cameron Highlands (MDCH), Majlis Daerah Maran (MDM), dan lain-lain dari zon Pantai Timur.

Kursus selama dua hari ini diadakan bagi tujuan memberi pendedahan kepada penyelia yang memantau kebersihan tandas di bawah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) masing-masing. Peserta diberikan taklimat tentang tatacara pengurusan dan pembersihan tandas dan juga latihan amali tentang cara-cara pembersihan tandas yang tepat. Selain itu, peserta juga diberikan pendedahan berkaitan proses pengauditan tandas oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

Majlis penutup Kursus Manual Pembersihan Tandas Awam Bagi Zon Timur telah disempurnakan oleh Pengarah Jabatan Khidmat Pengurusan MPD; Mohd Milzam bin Nur Anuar. Turut hadir, Penolong Pengarah Kesihatan; Ahmad Fariduddin bin Gahali @ Ghazali dan Pegawai Kesihatan Persekitaran KPKT; Shafizi bin Abdul Wahab yang mewakili Pengarah Bahagian Perunding Kesihatan Persekitaran; Ooi Poh Keong.

Para peserta kursus turut mengambil kesempatan untuk mengadakan lawatan ke Tandas Awam Rantau Abang yang telah tersenarai sebagai Tandas Terbaik Asia Tenggara sempena ASEAN Tourism Forum 2019