MENU

 

Kali ini giliran Majlis Perbandaran Dungun menerima obor sempena Larian Obor Asia Pacific Masters Games (APMG 2018) anjuran Majlis Bandaraya Pulau Pinang daripada Majlis Daerah Marang.

Pengerusi Kelab Sukan dan Kebajikan Majlis Daerah Marang; Encik Zaimin Endut menyerahkan obor yang dibawa kepada Pegawai Kesihatan Persekitaran MPD; Encik Razak Muda sebagai simbolik larian berkenaan.

Larian obor ini adalah bagi mempromosikan Asia Pacific Masters Games 2018 yang akan diadakan di Pulau Pinang pada 7 hingga 15 September 2018.

Turut hadir adalah 12 orang pegawai dan kakitangan Majlis Bandaraya Pulau Pinang yang diketuai oleh Pengarah Kawalan Bangunan; En. Rizuwan Bin Salleh.

Larian obor akan diteruskan oleh Majlis Perbandaran Dungun ke Majlis Perbandaran Kemaman, esok.