MENU

 

 

KHAMIS, 19 JULAI 2018 - Majlis Perbandaran Dungun (MPD) meneruskan larian obor sempena Asia Pacific Masters Games (APMG) 2018 ke daerah Kemaman, hari ini.

Yang DiPertua, Encik Osman Bakar hadir melepaskan para peserta larian yang terdiri daripada 30 kakitangan MPD jam 8.40 pagi tadi.

Larian sejauh 2 kilometer yang bermula dari perkarangan Dewan Utama MPD berakhir di papan tanda ‘Dungun’ berhampiran Pasar Buah. 
Para peserta seterusnya meneruskan perjalanan ke Majlis Perbandaran Kemaman (MPK).

Di sana, wakil MPD telah menyerahkan obor kepada Yang DiPertua MPK, Tuan Haji Johan Ibrahim. Turut hadir pegawai-pegawai dan kakitangan MPK serta pasukan berbasikal MPK.

Larian obor ini dianjurkan oleh Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) sempena Asia Pacific Masters Games 2018 yang akan diadakan di Pulau Pinang pada 7 hingga 15 September 2018. Sebanyak 22 acara sukan melibatkan peserta yang berumur 30 tahun keatas akan dipertandingan di sana.

Majlis Perbandaran Kemaman akan meneruskan larian obor ke Chenor, Pahang esok. Terengganu merupakan negeri yang ke-7 daripada 14 buah negeri yang telah menyertai larian obor APMG 2018.