MENU

Atas Kecemerlangan dalam menjalankan tugas yang diamanahkan, seramai 24 kakitangan Majlis Perbandaran Dungun MPD dinobatkan sebagai penerima Anugerah Khidmat Cemerlang (APC) 2018.

Majlis penyampaian APC terbabit yang berlangsung di Dewan MPD disempurnakan Yang Dipertua MPD, Osman A Bakar.

Turut hadir, Setiausaha MPD, Fadli Yusof Zakaria serta Pengarah Khidmat Pengurusan MPD, Mohd Milzam Nur Anuar.

Pada majlis itu, Yang Dipertua turut menyampaikan Anugerah Cemerlang Bulanan (APB) kepada 13 kakitangan yang terpilih.

Yang Dipertua dalam ucapan merakamkan tahniah kepada semua penerima anugerah dan menyifatkan anugerah itu sebagai pembakar semangat kakitangan meningkatkan prestasi kerja serta meningkatkan imej dan kredibiliti MPD.

"Anugerah ini diharap menyemarakkan lagi semangat kepada semua warga MPD untuk berkhidmat dengan lebih gigih sekaligus meningkatkan kecekapan tadbir urus yang baik, "katanya.

Osman berkata, semua kakitangan diminta meningkatkan dasar kualiti MPD dengan membawa keberkesanan melalui perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan.

" Kita harus ingat kecemerlangan sesebuah organisasi itu bukan terletak pada sebuah pihak, sebaliknya melibatkan semua peringkat tinggi hingga bawahan, termasuk sokongan pada daripada Ahli Majlis.

"Oleh sebab itu, saya amat menekankan aspek budaya kerja berkualiti tinggi di kalangan semua warga MPD agar kualiti mutu kerja kita mencapai kejayaan membanggakan dan dihargai semua penduduk," katanya.

Katanya, kepada semua yang tidak berjaya mendapat anugerah ini diminta tidak kecewa sebaliknya terus berusaha demi pencapaian membanggakan.

"Jangan kecewa, mungkin rezeki anda akan muncul pada tahun hadapan, "katanya sambil menerima tepukan daripada kakitangan.