MENU

 

 

 

Oleh : Zubir Mamat

DUNGUN 4 JUN 2018- Menteri Besar Terengganu, Prof Dr Ahmad Samsuri Mokhtar hadir pada majlis berbuka puasa bersama masyarakat di Masjid Hadhari Paka, petang tadi.

Pada majlis itu, beliau turut menyampaikan sumbangan kepada anak yatim dan golongan asnaf.

Menteri Besar juga turut bersama 500 penduduk mengerjakan solat di Masjid terbabit sebelum berangkat pulang ke Kuala Terengganu.

Terdahulu sebelum itu, Dr Ahmad Samsuri mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad di Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya sebelum bertolak pulang ke Dungun berbuka puasa bersama masyarakat di Paka.