MENU

Majlis Penganugerahan Sijil Penarafan Bintang Bagi Pihak Berkuasa Tempatan (SPB — PBT) 2018 telah diadakan di Wisma Darul Iman pada 29 Mei 2019. Majlis Perbandaran Dungun dianugerahkan lima ( 5 ) bintang oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

Anugerah ini disampaikan oleh YB Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu, Dato' A.Rahman bin Yahya kepada YDP MPD, Tuan Haji Lizan bin Che Mat.

Pengiktirafan ini membuktikan komitmen MPD dalam menyediakan perkhidmatan terbaik kepada warga Dungun.

Tahniah warga kerja Majlis Perbandaran Dungun!