MENU

KHAMIS, 12 JULAI 2018 - Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan dan Angkat Sumpah Ahli Majlis Perbandaran Dungun di Bilik Mesyuarat, Heritiera Littoralis, Majlis Perbandaran Dungun.

Hadir sama ialah Ahli Parlimen Dungun, YB Ust Hj Wan Hassan Mohd Ramli, Adun Rantau Abang, YB Hj Alias Harun, Penyelaras Dun Bukit Besi, Ust Hj Ghazali Sulaiman, wakil Adun Paka dan tetamu kehormat lain.

Tahniah kepada Mohammed Nafi Abdullah, Ust Hj Mohd Hanafiah Hitam, Hj Azmi Ibrahim dan Hj Harun Salim dari Dun Sura yang telah selesai mengangkat sumpah hari ini.

Semoga amanah yang baru sahaja digalas ini diambil manfaat untuk memberi sepenuh komitmen dan menggunakan ruang yang ada untuk penambahbaikan di Dun Sura ini selaras dengan slogan Terengganu Maju, Berkat, dan Sejahtera.