MENU

Majlis Perasmian dan Penyerahan Rumah Bantuan Rakyat telah diadakan di Kampung Rhu Batil pada 4 Oktober 2012 baru-baru ini. Penerima bantuan adalah Pn Nabah bt Mat Zin dari Kampung Rhu Batil, Dungun. Program ini telah mendapat sumbangan daripada Kementerian Wilayah Persekutuan & Kesejahteraan Bandar. Turut hadir adalah Pengarah Jabatan Khidmat Pengurusan Encik Zahanapi Bin Sagaf iaitu selaku penyerah bantuan serta ketua-ketua jabatan.