MENU

DUNGUN : 14 Febuary 2018 – Majlis Perbandaran Dungun (MPD) menyediakan sebanyak 4,000 kaki payung yang akan diberikan secara percuma kepada penduduk yang membayar cukai pintu.

Yang Dipertua, Osman Bakar berkata, cenderahati payung itu diberikan kepada pembayar cukai pintu rumah kediaman termasuk premis perniagaan.

“Mereka yang menjelaskan semua tunggakan termasuk cukai pintu semasa bagi tahun ini dengan bayaran melebihi RM200 mereka layak menerima cenderahati itu,” katanya.

Osman berkata, pemberian cenderahati itu sebagai menghargai penduduk yang membayar cukai pintu.

“Kita berterima kasih kepada penduduk yang membayar cukai dan kita berharap agar mereka yang ingin memiliki payung berlogo MPD dengan lapan warna menarik itu agar segera membayar cukai sebelum kehabisan stok,”katanya.