MENU

                    

                     

 

                    

                    

 

 

MPD TERIMA SUMBANGAN KERUSI BATU

 

Oleh : Zubir Mamat

 

DUNGUN - 22 APRIL 2018- Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Seri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah menyampaikan sumbangan 10 buah meja dan kerusi batu kepada Majlis Perbandaran Dungun.

 

Majlis penyerahan itu dilakukan Tan Seri Dr Mohd Irwan kepada Yang Dipertua Majlis Perbandaran Dungun, Osman Bakar pada Program MOF Bersama Rakyat anjuran Jabatan Akuantan Negara Malaysia di Arena Merdeka, dekat sini, hari ini.

 

10 buah kerusi batu itu akan diletakkan di kawasan tumpuan awam termasuk di taman-taman awam.

 

Program yang dihadiri kira-kira 5,000 penduduk itu turut menyaksikan, Tan Seri Mohd Irwan  menyampaikan sumbangan kepada pengurusan masjid, Maahad Tahfiz dan murid Maahad Tahfiz serta sumbangan kepada  masjid Tengku Ampuan Intan Zaharah, Madrasah Darul Bayan, Madrasatul Quran, Madrasah Tahfiz Al Quran Darul Ulum, Institut Tahfiz Al -Quran Al-Mizan dan Maahad Tahfiz Darull Azha Merchang.

 

Turut diberi sumbangan iaitu (125) nelayan, (100) golongan ibu tunggal, (500) baucer minyak bernilai RM50 serta  baucer buku bernilai RM50 kepada (200) pelajar miskin.

 

Pada majlis itu juga, orang ramai turut menerima 600 buah topi keledar percuma, 1,000 pasang cermin mata, 200 beg beras, serta pertukaran minyak injin kepada 500 buah motosikal.