MENU

Jabatan Penguatkuasaan Majlis Perbandaran Dungun 
( Operasi Haiwan Merayau 2019 )

Demi menyelesaikan aduan rakyat khususnya kawasan Cacar Baru, Taman Uda dan Taman Murni Perdana, (DUN PAKA ) Pengurusan MPKK Cacar Baru dan Jabatan Penguatkuasaan MPD telah bekerjasama mengadakan operasi menangkap haiwan merayau pada 02 Januari 2019. Hasil operasi, Jabatan Penguatkuasaan telah berjaya menangkap haiwan merayau tersebut.