MENU

Sebanyak 1,424 iklan haram telah diturunkan dalam operasi selama dua jam yang dilakukan oleh Majlis Perbandaran Dungun (MPD) secara besar-besaran di sekitar pentadbiran pihak berkuasa tempatan itu.

Yang Dipertua MPD; Tuan Haji Lizan bin Che Mat berkata operasi yang membabitkan 40 anggota MPD dibantu Ibu Pejabat Polis Daerah Dungun itu dilakukan untuk membanteras pemasangan iklan haram terutamanya iklan pinjaman wang haram yang semakin berleluasa di daerah ini.

"Sasaran utama operasi ini dilakukan adalah untuk menurunkan iklan tanpa kelulusan, pinjaman wang berlesen dan tamat tempoh di tiang-tiang lampu dan persimpangan.

“Kami juga ingin mengingatkan orang ramai terutamanya peniaga agar tidak terjebak dengan sindiket pinjaman wang haram yang sentiasa menindas peminjamnya,” katanya selepas selesai operasi tersebut pada jam 11.30 pagi tadi.

MPD telah menurunkan sebanyak 8,465 iklan haram pada tahun lepas dan sehingga hari ini, sebanyak 5,040 iklan haram telah diturunkan bagi tahun 2019.

Turut hadir dalam operasi tersebut adalah Ahli-Ahli Majlis; Tuan Haji Norulalzahar Bin Haji Ali, Harun Bin Salim, Hassan Bin Mansor, Hasan bin Abd Aziz dan Naraza Bin Muda serta Ketua Polis Daerah Dungun; Supt. Baharudin bin Abdullah.

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2019/05/451363/mpd-turunkan-1424-iklan-haram?fbclid=IwAR0zXb5WzBiEC3L8Vsz3D9gbkKUwsbLb8gv5cdHo5UWdvPJkH7HkbipryiQ