MENU

Pada 24 Mei 2011, Penilaian Sistem Star Rating(SSR) telah diadakan di Bilik Mesyuarat Heritiera Littoralis bermula pada jam 8.30 pagi dan berakhir pada jam 5.00 petang. Star Rating bertujuan untuk menilai sesebuah jabatan berlandaskan kualiti / prestasi kakitangan melalui indikator Sistem Star Rating-Pihak Berkuasa Tempatan (SSR-PBT). Di samping itu, majlis ini dihadiri oleh 5 orang Inspektorat dari Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan serta melibatkan semua kakitangan Majlis Perbandaran Dungun. Sebanyak 354 indikator telah dinilai dan dibincangkan.