MENU

18 Februari 2012 - Sekalung-kalung tahniah diucapkan kepada Pasukan Perarakan daripada Majlis Perbandaran Dungun di atas kejayaan meraih gelaran Johan Kategori Agensi Kerajaan dan Badan Berkanun sempena Perarakan Maulidur Rasul Peringkat Daerah Dungun. Segala-segala usaha dan latihan yang telah dilaksanakan sebelum ini telahpun membuahkan hasil yang amat membanggakan jabatan ini dan memberikan kepuasan yang berganda kepada anggota-anggota yang terlibat dalam perarakan. Perarakan ini telah diadakan di Arena Square pada jam 8.00 pagi.