MENU
Dungun - Sebagai pembuka tirai tahun 2022, Majlis Perbandaran Dungun pada hari ini telah melaksanakan program cakna komuniti melalui aktiviti kayuhan santai yang melibatkan para ketua jabatan.
Aktiviti ini secara tidak langsung dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara masyarakat dan MPD khususnya.
Antara lokasi lawatan adalah di Bukit Tebuk yang dikenali sebagai salah satu warisan sejarah di Dungun. Penglibatan Persatuan Sejarah Daerah Dungun dalam program ini juga dapat memberi penceritaan dan gambaran sebenar di sebalik pembinaan terowong di Bukit Tebuk dan perlunya warisan sejarah tersebut dikekalkan untuk generasi akan datang.
Selain lawatan tersebut, program ini juga turut mendekati penduduk bagi mendengar luahan dan permasalahan penduduk di kawasan tersebut.
Sesi perbincangan dua hala antara MPD dan penduduk kampung diadakan di balairaya Kg Tanjung Pagar. Sebelum menamatkan majlis, tuan YDP berbesar hati untuk menyampaikan sumbangan 2 unit tong sampah kepada pengerusi JPKK Kg Nibong selaku wakil penduduk di kawasan tersebut.