MENU

Program Gotong Royong Mega Basmi Aedes Bersama Komuniti telah diadakan di Taman Rakyat, Dungun. Program anjuran bersama Majlis Perbandaran Dungun dan Pejabat Kesihatan Daerah Dungun telah diadakan pada 28 Julai 2018. Perasmian oleh YB Cikgu Alias Harun, ADUN Rantau Abang.

Program ini dianjurkan serentak di seluruh negara hari ini dalam usaha untuk mencegah Wabak Denggi daripada terus menular. Program sebegini mampu memupuk semangat kerjasama dan perpaduan erat dikalangan penduduk dan agensi. Selain gotong royong, diadakan juga Ujian Saringan Kesihatan secara percuma dan pameran kesedaran penyakit khususnya penyakit bawaan nyamuk dan penyakit tangan, kaki dan Mulut (HFMD). Seramai 200 orang telah menghadiri program pada hari ini. Juga diadakan pemberian hadiah kepada pemenang-pemenang Kutip dan Tebus bagi menggalakkan kesedaran masyarakat kepada kepentingan penjagaan kebersihan persekitaran.

Bersama kita menjaga persekitaran bagi memastikan tiada tempat-tempat pembiakan Nyamuk Aedes. Tiada Aedes Tiada Denggi.