Program Jualan Jimat Belanja Aidilfitri

Program Jualan Jimat Belanja Aidilfitri

Orang ramai boleh mendapatkan pelbagai barangan segar untuk keperluan Aidilfitri di Program Jualan Jimat Belanja Aidilfitri @ Pasar Tani di Masjid Tengku Ampuan Intan Zaharah pada hari ini sehingga jam 5.00 petang.

Sebanyak 50 gerai yang terdiri daripada usahawan dari seluruh negeri menjual barangan segar yang biasa digunakan ketika sambutan Aidilfitri terutamanya ayam dan sayur-sayuran.

Turut dijual adalah makanan dengan sinonim dengan hari raya Aidilfitri seperti ketupat rendang, kuih raya, sate sejuk beku, pelita raya, pakaian raya dan banyak lagi.

Majlis Pelancaran Program Jualan Jumat Belanja Aidilfitri @ Pasar Tani Peringkat Negeri Terengganu hari ini telah disempurnakan oleh Yang Dipertua Majlis Perbandaran Dungun; Tuan Haji Lizan bin Che Mat.

Turut hadir Timbalan Pengarah Pembangunan Usahawan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Negeri Terengganu; Md. Azrul bin Abdul Aziz

Image
  • Kemaskini Pada : Rabu 13 Mac 2024, 00:44:35.

pelawat sejak 2016

01146422

MAJLIS PERBANDARAN DUNGUN
Jalan Yahaya Ahmad,
23000 Dungun, Terengganu.

T : 09-8481931
F : 09-8483210
E : mpdungun@terengganu.gov.my

Majlis Perbandaran Dungun

MyGov Portal
TERENGGANU PAY

privasi

/*SENARAI PASAR MALAM DI DAERAH DUNGUN