MENU

Warga Majlis Perbandaran Dungun (MPD) berhimpun pada hari ini di Dewan Utama MPD bagi program perhimpunan bulanan yang pertama bagi tahun baharu 2020.

Turut diadakan adalah Majlis Anugerah Perkhidmatan Bulanan bagi bulan Oktober, November, dan Disember tahun 2019 dan juga upacara pemakaian pangkat kepada pegawai-pegawai penguatkuasa gred KP22 hingga KP41.

Pegawai-pegawai dari Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) turut berkesempatan untuk menyampaikan taklimat mengenai pembayaran zakat melalui potongan gaji kepada kakitangan MPD.