MENU

Majlis Perbandaran Dungun (MPD) telah menganjurkan program Singgah Sahur membabitkan beberapa agensi kerajaan di sekitar daerah ini.

Seramai 12 orang kakitangan berkonvoi ke beberapa destinasi terpilih bagi mengagihkan lebih 100 bungkus nasi goreng sotong untuk sahur bermula jam 3 pagi.

Antara agensi yang terpilih adalah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Daerah Dungun, Ibu Pejabat Polis (IPD) Daerah Dungun, Hospital Dungun dan Pejabat Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Dungun.

Tidak ketinggalan juga anggota RELA & keselamatan yang menjaga premis serta kawasan MPD seperti Pasar Dungun, Pasar Paka, Depo Kenderaan MPD di Nibong & Batu 7, Arena Merdeka, & tapak pelupusan sampah Bukit Lat.

Tujuan program Singgah Sahur diadakan adalah untuk menzahirkan penghargaan kepada petugas yang menyumbang kepada negara, di samping meraikan Ramadan.