MENU

  

 

Majlis Perbandaran Dungun (MPD) telah menganjurkan program Ziarah Ramadhan bagi menyantuni serta meringankan beban warga kerja MPD dan ahli keluarga mereka yang menghidap penyakit kronik. 
Program yang diketuai oleh Yang DiPertua, Encik Osman bin Bakar, ketua-ketua & wakil jabatan MPD telah menziarahi 14 orang kakitangan MPD di kediaman masing-masing di sekitar Dungun pada pagi tadi.
Semoga Allah SWT merahmati serta memberi kesihatan yang berpanjangan kepada mereka semua, insya-Allah.

#TerengganuMajuBerkatSejahtera
#DungunMembangun
#SayangiDungun