MENU

Sambutan Hari Kemerdekaan telah diadakan pada 31 Ogos 2012 bertempat di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu dan berakhir di Taman Awam Batu Buruk Kuala Terengganu. Sebanyak 128 kontinjen telah melibatkan diri bagi menjayakan perarakan termasuk kontijen dari Majlis Perbandaran Dungun yang telah menghantar wakil seramai 40 orang. Sambutan Hari Kemerdekaan tersebut juga turut dijayakan dengan kehadiran Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said serta barisan Exco kerajaan negeri dan ketua-ketua jabatan.