MENU

Lawatan tapak oleh Y.Bhg. Dato' Ketua Setiausaha Kementerian Kemajuan Luar Badar Dan Wilayah (KKLW) PADA 25. APRIL 2013 Bersama-sama Tuan Yang Dipertua Majlis Perbandaran, Kementerian Kewangan, Kementerian Pengajian Tinggi, Kementerian Kesihatan, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Dan Unit Perancang Ekonomi Negeri Terengganu (UPEN) telah bersetuju untuk memilih Bandar Paka untuk dibangunkan Pusat Transformasi Luar Bandar yang akan dikenali sebagai RTC PAKA.

RTC PAKA akan dibina di Tingkat 2 bangunan Pasar Paka sediaada dimana ianya akan menempatkan ruang-ruang pejabat dan perkhidmatan-perkhidmatan kerajaan seperti Klinik 1 Malaysia dan pelbagai agensi yang berkonsepkan ‘Satu Hentian, Pelbagai Perkhidmatan.   

RTC ialah pusat kemudahan yang ditubuhkan untuk menggabungkan kampung-kampung yang berdekatan dalam pelaksanaan aktiviti-aktiviti bercorak nilai-tambah yang tinggi. Di RTC, penduduk-penduduk tempatan akan dapat :-

  • Menjual produk pertanian berbentuk nilai-tambah tinggi secara terus;
  • Membeli bekalan dan perkhidmatan untuk pengguna pada harga yang rendah;
  • Mendapat kemahiran, menjalani latihan dan program pembangunan keusahawaan;
  • Mendapat kemudahan bantuan kewangan dan perkhidmatan lain secara terus;
  • Berkongsi serta bertukar maklumat dan pengetahuan.