MENU

12 Disember 2012 – Satu Seminar Malaysia Government Portals dan Websites Assessment (MGPWA) 2012 telah diadakan di Putrajaya Marriot Hotel. Seminar yang berlangsung jam 2.00 petang hingga 4.10 petang ini telah dihadiri oleh Tuan Yang Dipertua dan juga Pegawai Teknologi Maklumat Majlis Perbandaran Dungun.

Tahun ini merupakan tahun ketujuh pihak MDEC menjalankan penilaian ke atas portal dan laman web agensi Kerajaan. Penilaian tersebut telah selesai dilaksanakan dimana sebanyak 1348 portal dan laman web Kerajaan telah dinilai dan dianalisa.

Selain daripada pencapaian 5 bintang, Strategic Achievers juga diperkenalkan bagi menanam kesungguhan agensi Kerajaan dalam menyediakan laman web yang telus dan tidak tertugat dengan isu keselamatan. Sebanyak 281 portal dan laman web telah mencapai penarafan 5 bintang dan 28 berjaya meraih anugerah Strategic Achievers.