MENU

 

DUNGUN : 14 Febuari 2018- Seramai 500 kakitangan Majlis Perbandaran Dungun (MPD) dan pejabat Tanah dan Daerah Dungun (PTDD) hadir pada Majlis Ramah Mesra bersama Pegawai Pembangunan Parlimen Dungun,  Datuk Din Adam,  malam ini. 

Majlis yang diadakan di perkarangan kediaman Pegawai Daerah Dungun itu turut dihadiri Pegawai Daerah,  Ibrahim Mohamad dan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Dungun,  Osman A. Bakar. 

Dalam ucapan pada majlis itu,  Datuk Din meminta kepada semua kakitangan kedua-dua agensi itu agar terus cemerlang dalam menjalankan tugas yang diamanahkan. 

Katanya, agensi MPD dan PTDD merupakan agensi di barisan hadapan yang dipertanggung jawab menyelesaikan setiap permasalahan rakyat. 

"Saya berharap agar setiap permasalah dan aduan yang dikemukakan rakyat perlu diselesaikan dengan pantas dan cepat. 

Apabila setiap masalah dapat diselesaikan,  maka masyarakat akan berasa puas dan sekaligus menghargai peranan yang dijalankan kerajaan," katanya.

Pada majlis itu juga,  Datuk Din menyampaikan hadiah kepada pemenang bertuah. Klik di sini untuk melihat gambar lebih lanjut. Disini