MENU

Sukan ini diadakan adalah di atas inisiatif Kelab Sukan dan Kebajikan, Majlis Perbandaran Dungun (KESUMA) dengan persetujuan daripada Yang Dipertua Majlis Perbandaran Dungun.

Ini adalah bertujuan untuk mencari bakat-bakat baru di dalam acara sukan dan juga sebagai persediaan awal untuk menghadapi Sukan Kerajaan Tempatan yang akan diadakan tidak lama lagi sebagaimana tahun-tahun yang lalu.

Di samping itu juga ianya dapat mengeratkan hubungan silaturrahim di antara kakitangan-kakitangan di jabatan Majlis Perbandaran Dungun sesuai dengan kehadiran ramai kakitangan yang baru dilantik dari pelbagai pangkat dan jawatan untuk bertugas di jabatan ini.