MENU

Sukan ini diadakan adalah di atas inisiatif Kelab Sukan dan Kebajikan, Majlis Perbandaran Dungun (KESUMA) dengan persetujuan daripada Yang Dipertua Majlis Perbandaran Dungun.

Ini adalah bertujuan untuk mencari bakat-bakat baru di dalam acara sukan dan juga sebagai persediaan awal untuk menghadapi Sukan Kerajaan Tempatan yang akan diadakan tidak lama lagi sebagaimana tahun-tahun yang lalu.

Di samping itu juga ianya dapat mengeratkan hubungan silaturrahim di antara kakitangan-kakitangan di jabatan Majlis Perbandaran Dungun sesuai dengan kehadiran ramai kakitangan yang baru dilantik dari pelbagai pangkat dan jawatan untuk bertugas di jabatan ini.

Antaranya iaitu bola tampar pantai, congkak, dart, karem, bola jaring dan pingpong. Semua acara sukan ini telah pun berlangsung pada bulan Mei 2013 sehingga bulan Jun 2013 dengan jayanya dan lancar tanpa sebarang gangguan.Tujuan sukan antara jabatan ini diadakan adalah untuk menunjukkan kebolehan, dapat membentuk semangat berpasukan setiap pemain dan mewujudkan kerjasama antara pemain.

[Foto Galeri]