MENU

andas Awam Rantau Abang merupakan salah satu daripada lima tandas yang diiktiraf sebagai tandas terbaik dalam kategori ASEAN Public Toilet Standard 2019 — 2021 sempena ASEAN Tourism Forum 2019 yang diadakan di Ha Long City, Vietnam, semalam.

Sebanyak 16 tandas awam dari seluruh Malaysia tercalon untuk penganugerahan tersebut dan tandas awam Rantau Abang merupakan satu-satunya tandas dari Pantai Timur yang tersenarai daripada lima tandas terbaik bagi kategori tersebut.

Turut terpilih adalah tandas awam Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), tandas awam restoran Foh San dari Perak, tandas Masjid Cina Melaka, dan tandas awam Plaza Merdeka, Sarawak.

Majlis penyampaian hadiah disempurnakan oleh Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Mohamaddin Ketapi.

Setiausaha Majlis Perbandaran Dungun (MPD) berkata, anugerah tersebut merupakan satu pengiktirafan kepada MPD selaku Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang menyelia tandas Rantau Abang dan juga seluruh warga Dungun.

“Anugerah ini merupakan sesuatu yang membanggakan kerana ianya menunjukkan bahawa rakyat Terengganu khususnya dan Dungun khasnya bersama-sama memainkan peranan dalam memastikan tandas di negeri ini sentiasa bersih serta bebas dari vandalisme.

“Ianya juga dapat menyedarkan masyarakat bahawa kebersihan tandas adalah tanggungjawab kita bersama.

“Saya berharap agar masyarakat dapat menggunakan harta benda awam dengan lebih berhemah supaya kemudahan yang disediakan dapat dinikmati semua,” katanya.