MENU

 

TANDAS Awam Rantau Abang Dungun, dinobatkan juara Pertandingan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Cemerlang peringkat negeri Terengganu yang berlangsung di Dewan Merdeka Kota Putera Square, Besut semalam.

Tempat kedua dimenangi Tandas Awam Elite Geliga Kemaman manakala  Tandas Awam La Hot Spring Besut mengungguli tempat ketiga.

Tandas stesen minyak  Shell Kemaman muncul juara kategori tandas stesen minyak terbaik manakala tempat kedua dimenangi Petronas Gong Datuk,  Kuala Nerus dan Shell Kampung Raja,  Besut berada di tempat ketiga.

Bagi kategori premis makanan Medan Selera terbaik,  dimenangi Kasih Mama Corner dari Kemaman diikuti Medan Selera Marang Waterpront berada di tempat kedua sementara KRFC Corner Besut diumumkan pemenang tempat ketiga.

 Kategori premis makanan pula dimenangi, Isma Cafe dari Besut manakala THYME Cafe dari Kuala Nerus memenangi tempat kedua dan My Kitchen dari Hulu Terengganu memenangi tempat ketiga.

 Majlis Perbandaran Kemaman muncul juara kategori Anugerah Khas PBT Cemerlang sementara Majlis Daerah Besut muncul tempat kedua dan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) berada di tempat ketiga. Hadiah kepada pemenang disampaikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesejahteraan Bandar negeri,  Dato Mohd Jidin Shafee.