MENU

  • BAYARAN CUKAI PINTU:

Sila jelaskan cukai pintu sebelum 28 Februari untuk penggal pertama dan 31 Ogos untuk penggal kedua setiap tahun. Elakkan dikenakan denda lewat bayar.

 

  • BELUM MENERIMA BIL
  • Tidak menerima bil bukan alasan untuk anda tidak membayar cukai pintu. Sila datang  ke Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta, Majlis Perbandaran Dungun untuk mendapatkan Salinan bil.

 

  • BARANG PENYEWA DISITA

Kegagalan membayar cukai oleh pemilik harta akan mengakibatkan perampasan / sitaan barangan/harta milikpenyewa.

 

  • BAYARAN SECARA ANSURAN

Bagi harta yang mempunyai tunggakan cukai pintu. sila datang ke Majlis Perbandaran Dungun untuk membuat permohonan bayaran secara ansuran.

 

  • BANGUNAN SUDAH ROBOH

Sila maklumkan kepada Majlis mengenai bangunan telah roboh untuk menamatkan akaun cukai pintu dan menggelakkan akaun berkenaan  terus dikenakan cukai pintu.

 

  • PENUKARAN NAMA HARTA

Pemilik wajib membuat penukaran nama pemilik bangunan di Majlis sekiranya telah membeli hartanah berkenaan (Kegagalan anda boleh didenda tidak lebih RM2000 atau penjara tidak lebih 6 bulan atau kedua-duannya)

 

  • SEMAK CUKAI PINTU HARTANAH YANG INGIN DIBELI

Pastikan anda menyemak cukai pintu hartanah yang anda ingin beli terlebih dahulu di Majlis. Elakkan anda dibebani  tunggakan cukai pintu pemilik lama.

 

  • KEMASKINI ALAMAT SURAT MENYURAT

Sila kemaskini surat menyurat anda di Majlis Perbandaran dungun bagi memastikan bil sampai ke pemilik

 

  • PENGECUALIAN DENDA

Pengecualian denda akan diberikan sekiranya bayaran dijelaskan sepenuhnya

 

  • BAYARAN SETAHUN SEKALIGUS (PENGGAL 1 & 2)

Pemilik adalah digalakkan membuat bayaran cukai pintu bagi tempoh setahun sekaligus (Penggal 1 & 2) bagi mumudahkan urusan pembayaran cukai taksiran bagi tahun berkenaan