MENU

  • CARA BAYARAN SEWA BULANAN 

Hendaklah membuat bayaran sewaan pada 1 hb atau sebelum 7 hb setiap bulan

 

  • LARANGAN ‘SUB-LET’

Dilarang memindah hak, menyewakan semula keseluruhan atau sebahagian premis kepada pihak lain.

 

  • TAMBAHAN BINAAN KE ATAS PREMIS

Dilarang membuat sebarang perubahan di dalam atau tambahan di bahagian luar premis tanpa kebenaran bertulis daripada pihak Majlis.

 

  • OPERASI PERNIAGAAN

Tidak membiarkan premis tanpa apa-apa perniagaan secara berterusan melebihi tujuh (7) hari melainkan dengan kebenaran Majlis.

 

  • LESEN PERNIAGAAN/PERMIT

Hendaklah mendaftar lesen perniagaan dengan pihak Majlis dan mematuhi syarat yang dinyatakan oleh Bahagian Perlesenan.

 

  • KACAU GANGGU

Dilarang melakukan atau membenarkan di dalam atau diluar premis, apa-apa jua yang menyebabkan kacauganggu kepada penyewa-penyewa lain.

 

  • KEBERSIHAN PREMIS

Memastikan kebersihan premis sama ada di dalam atau di luar premis serta kawasan di bawah kawalan penyewa.

 

  • TIDAK DIBENARKAN DIGUNAKAN SEBAGAI TEMPAT KEDIAMAN

Tidak dibenarkan premis MPD dijadikan sebagai tempat kediaman/ tempat tinggal

 

  • NOTIS PENAMATAN

Notis akan dikeluarkan, sekiranya didapati PENYEWA tertunggak bayaran sewaan selama dua (2) bulan berturut-turut dan tuan diberi tempoh tiga puluh (30) hari daripada tarikh penerimaan notis berkenaan

 

  • TINDAKAN SITA / KUNCI

Tindakan sita/kunci ke atas premis / tanah akan diambil setelah tamat tarikh notis penamatan berkenaan tanpa apa-apa peringatan lagi dan Perjanjian Penyewaan akan terbatal dengan sendirinya seperti mana yang termaktud di dalam perjanjian penyewaan.

 

  • PEMATUHAN SYARAT-SYARAT PERJANJIAN PENYEWAAN

Mematuhi syarat-syarat lain penyewaan premis Majlis dari semasa ke semasa.