MENU


>>Muat turung Borang Jawatan Kosong MPD <<

 

IKLAN JAWATAN KOSONG

 

 

Rujukan Fail : MPD. 01/02/28 ( 47 )

 

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia keutamaan Rakyat Negeri Terengganu yang berkelayakan dan berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh iklan ditutup untuk mengisi kekosongan jawatan di Majlis Perbandaran Dungun sebagaimana berikut :

 

 

 

 

BIL

 

 

JAWATAN

 

 

GRED

 

KUMPULAN PERKHIDMATAN

JADUAL GAJI

KADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN

Gaji Minimum

Gaji Maksimum

 

1.

Pegawai Penilaian

Gred W41

Pengurusan dan Profesional

RM2,094.00

RM9,585.00

RM225.00

 

 

SYARAT LANTIKAN / CARA MEMOHON

 

PEGAWAI PENILAIAN GRED W41 SYARAT LANTIKAN:-

  1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
    1. warganegara Malaysia
    2. berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan: dan
    3. Ijazah Sarjana Muda Sains (Pengurusan Harta Tanah) yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(Gaji Permulaan pada Gred W41 : RM2,508.29).

 

SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU

  1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred

C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

 

 

 

SYARAT PENINGKATAN SECARA LANTIKAN

  1. Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Pegawai Penilaian adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Pegawai Penilaian Gred W41, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:

 

  1. i) mempunyai kelayakan di perenggan 1 (c); atau

ii)     lulus Peperiksaan Ikhtisas Bahagian I, Bahagian II dan Bahagian III anjuran Lembaga Penilai, Pentaksir dan Ejen Harta Tanah Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan ; dan

 

  1. had umur pelantikan:
    1. berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun ; atau

 

  1. berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau

 

  1. berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.

 

 

 

Yang Dipertua

Majlis Perbandaran Dungun

Tarikh dikeluarkan : 21 JUN 2020

 

CARA MEMOHON

 

  1. Setiap permohonan hendaklah menggunakan Borang MPD. TR. 1/2020 dengan memuat turun daripada laman web htpp://mpd.terengganu.gov.my. atau Facebook Majlis Perbandaran Dungun (facebook.com/mpdungun).

 

  1. Borang permohonan hendaklah disertakan dengan dokumen berikut :

 

  1. Gambar berukuran passport (dilekatkan pada penjuru kanan Borang Permohonan) ;
  2. Salinan Sijil Kelahiran dan Kad Pengenalan.
  3. Salinan Sijil Kerakyatan Terengganu sekiranya pemohon lahir di luar Negeri Terengganu atau Salinan Kad Pengenalan bapa (jika bapa lahir di negeri terengganu).
  4. Salinan Sijil Persekolahan yang disahkan; dan
  5. Salinan dokumen berkaitan yang disahkan.

 

 

PEGAWAI SEDANG BERKHIDMAT

 

  1. Pemohon-pemohon yang sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Kerajaan, Badan Berkanun, Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah memajukan permohonan tersebut melalui Ketua Jabatan masing-masing dan pastikan Kenyataan Perkhidmatan yang dikemaskinikan dan Laporan Penilaian Prestasi 3 tahun berturut-turut disertakan.

 

  1. Pegawai sedang berkhidmat hendaklah mengisi alamat tempat bertugas di ruang alamat.

 

  1. Borang yang telah diisi selengkapnya hendaklah ditulis nama jawatan di bahagian atas sebelah kiri sampul surat dan hendaklah dikemukakan kepada:-

 

YANG DIPERTUA

MAJLIS PERBANDARAN DUNGUN

JALAN YAHAYA AHMAD

23000 DUNGUN, TERENGGANU

 

  1. Tarikh Tutup Permohonan : 05 JULAI 2020

 

CATATAN:

  1. Permohonan yang tidak lengkap, tidak jelas, tidak ditandatangani atau tidak disertakan dengan dokumen yang diperlukan akan ditolak.
  2. Pemohon-pemohon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil temuduga.
  3. Salinan sijil yang tiada pengesahan akan ditolak.
  4. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas satu (1) tahun dari tarikh tutup iklan dianggap tidak berjaya.