MENU

 

 

MAJLIS PERBANDARAN DUNGUN

NOTIS PENGOPERASIAN PREMIS PERNIAGAAN

Selaras dengan Perintah Kawalan Pergerakan sebagaimana yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Persekutuan berkuatkuasa 18 hingga 31 Mac 2020, aktiviti perniagaan di Daerah DUNGUN hanya dibenarkan beroperasi sebagaimana berikut;

 

BIL

JENIS PREMIS

WAKTU OPERASI DIBENARKAN

1.

Kedai/ Premis makanan termasuk perkhidmatan penghantaran (delivery) dan pandu lalu (drive thru)

 

7.00 pagi

 hingga

6.00 petang

2.

Pasaraya, kedai runcit, pasar awam, kedai serbaneka 24 jam

3.

Stesen minyak

4.

Farmasi / kedai ubat

 

PREMIS – PREMIS PERNIAGAAN SELAIN DI ATAS YANG TIDAK MELIBATKAN PERKHIDMATAN PENTING NEGARA (ESSENTIAL SERVICE) HENDAKLAH DITUTUP SEPENUHNYA.

Sehubungan dengan itu, pihak tuan dikehendaki mematuhi arahan ini bagi mengelakkan tindakan penguatkuasaan dikenakan ke atas pihak tuan. Arahan ini adalah selaras dengan AKTA 342, AKTA PENCEGAHAN DAN KAWALAN PENYAKIT BERJANGKIT 1988 dan AKTA POLIS 1967 dan tertakluk kepada perubahan arahan terkini dari semasa ke semasa. Kegagalan pematuhan kepada arahan ini adalah SATU KESALAHAN JENAYAH dan boleh dikenakan HUKUMAN PENJARA SEHINGGA 2 TAHUN, DENDA ATAU KEDUA – DUANYA SEKALI.

Arahan ini berkuatkuasa mulai Sabtu, 21 Mac 2020.

 

Arahan

Yang DiPertua

Majlis Perbandaran Dungun