MENU

Sukacita dimaklumkan, Majlis Perbandaran Dungun kini menggunapakai Sistem OSC 3 Plus Online untuk KESEMUA jenis permohonan menggantikan Sistem 3.0 sedia ada bermula 1 Ogos 2019 bagi permohonan Kebenaran Merancang dan 1 September 2019 bagi permohonan yang selainnya. Perkara ini adalah selaras dengan arahan yang dikeluarkan oleh Jabatan Kerajaan Tempatan yang telah membangunkan sitem OSC 3 Plus Online dengan kerjasama MAMPU, Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dan Perbadanan Putrajaya Malaysia (PPj) bagi tujuan memudahkan urusan Pengemukaan Pelan Pemajuan.

Manual Pengguna Sistem OSC 3 Plus Online, Sudmitting Person, versi 1.0 (Kebenaran Merancang) boleh dimuatnaik di sini manual_pengguna_spkm_osc3plus_kpkt_ver01.pdf bagi memudahkan PSP membuat rujukan dalam menyediakan permohonan yang lengkap. Sebarang pertanyaan mengenai perkara ini bolehlah merujuk kepada Unit Pusat Setempat (OSC), Majlis Perbandaran Dungun.