MENU

1.MASJID LADANG GAJAH MATI

     Masjid Ladang Gajah Mati telah di bina bagi mengatasi masalah penduduk setempat untuk mengerjakan solat berjamaah, solat Jumaat dan lain-lain. 

     Masjid ini mendapat peruntukan pembiayaan pembinaan daripada TDM Plantation Sdn. Bhd. Ianya 
dibina diatas sebidang tanah yang berkeluasan ¼ ekar.   Masjid ini juga dapat menampung kira-kira 200 orang jemaah pada satu masa.

 

 

 

2.MASJID BUKIT BESI

     Masjid Bukit Besi telah lama dibina pada tahun 1955 dikawasan Mukim Besol. Ia dibina oleh pengusaha lombong bijih besi (Eastern Mining Metal Co Ltd ). Masjid yang sederhana besar yang diperbuat daripada kayu yang boleh memuatkan 
lebih kurang 300 jemaah.

     Masjid baru mula dibina pada tahun 1983 di atastanah kerajaan dengan kos sebanyak RM 350,000.00. Dibina oleh  Kerajaan Negeri Terengganu di bawah pentadbiarn  KETENGAH.Upacara perasmian telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Amar Diraja Haji Wan Mokhtar bin Ahmad Menteri Besar Terengganu pada  22 Disember 1983  bersamaan 18 Rabiulawal 1404. Kapasiti jemaah masjid seramai 450 jemaah. Persempadan jumaat di belah utara Kg Dendang.Selatan Kg Ladang Gajah Mati. Timur Kg Pinang mas dan barat kg Tepus.

     Masjid ini merupakan masjid terbaik bagi peringkat negeri Terengganu sempena sambutan Maal Hijrah 1416 dan tempat kedua terbaik sempena sambutan Maal Hijrah 1413 peringkat daerah Dungun.