MENU

1.MASJID KAMPONG DURIAN MENTANGAU

     Masjid Jamek Kampung Durian Mentangau dibina pada tahun 1961. Ianya hanya dibina daripada kayu. Kos pembinaan diperuntukkan dari kerajaan dan juga Pembangunan Luar Bandar.

     Pada tahun 1976 Pejabat Agama Daerah Dungun telah meluluskan pembinaan masjid ini serta mengiktiraf Masjid Kampung Durian Mentangau sebagai sebuah masjid. Sembahyang Jumaat pertama juga dilakukan selepas itu.
Masjid ini dibina diatas sebidang tanah berkeluasan 120 x 200 kaki. Masjid ini juga dapat menampung 200 orang jemaah pada satu masa.

 

 

2.MASJID SULTAN MAHMUD, BANDAR AMBS

     Masjid ini terletak di Bandar Al-Muktafi Billah Shah ,mukim Hulu Paka dan berada dalam DUN Bukit Besi. Keluasdan tanah adalah 7.49 hektar @ 18.51 ekar di Lot PT 3517. Jarak perjalanan dari bandar Dungun lebih kurang 50 kilometer. Upacara perasmian telah disempurnakan oleh DYMM 

     Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah pada hari Jumaat 22 Julai 2005 bersamaan 15 Jamadilakhir 1426 sempena sambutan Hari Keputeraan Baginda yang ke- 43 tahun.
Rancangan pembinaan telah dimulakan dalam Rancangan Malaysia ke-7 dan merupakan salah satu projek terbesar KETENGAH yang bermatlamat bagi menegakkan syiar islam dan sebagai simbol perpaduan umat dalam wilayah KETENGAH. Pembinaan ini menelan belanja sebanyak RM 7.4juta dan siap dibina dalam tempoh 7 tahun dan telah mula digunakan 15 Oktober 2004 untuk solat jumaat dan solat fardhu serta keagamaan.

     Bangunan ini mempunyai kelengkapan seperti dewan solat utama meliputi ruang berkarpet yang boleh menampung 4,000 orang jemaah lelaki. Ditingkat atas pula dijadikan dewan solat wanita yang boleh menampung 1,000 orang jemaah. Mihrab pula dibina berhadapan dengan dewan solat utama bagi menandakan arah kiblat.Bagi mewujudkan persekitaran masjid yang lebih cantik dan menarik direka khas seni taman beserta air pancut dihadapan masjid bagi menambahkan lagi keceriaan kawasan masjid.